Sabtu, 16 Oktober 2010

Perjuangan Sebenar Sudah Tiba

Assalamualaikum,
Setelah hampir 10 bulan bergelumang dengan berbagai pahit getir pengajian, kini tibalah saat kemuncak bagi pembelajaran tahun ini........ Masing-masing pelajar berdebar-debar untuk menyahut apa jua soalan yang bakal muncul di kertas soalan. Ayuh perwira sekalian, jangan undur lagi. Hunuskan pedangmu, paculah kudamu, maralah ke hadapan, patuhilah arahan dan tunjuk ajar para 'panglima'mu di dalam tempoh latihan dulu. Ingatlah segala sepak terajang yang telah kamu pelajari dulu. Terjemahkan segalanya di lembaran kertas jawapanmu. Berjuang dan terus berjuang, sampai ke titis tinta dan keringat yang terakhir.

Semoga perjuangan kalian semua diredai Allah dan dilimpahiNya dengan kejayaan yang gilang gemilang.

Maahad Gemilang 2010

4 ulasan:

  1. selamat berjuang wahai pejuang2 agama.. buktikan pada semua kalian dapat melakukannya...Barakallahifikum
    ikhlas dari senior xmadian...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,
    maaf ye, nak tumpang tanya.

    anak makcik ni, 5 disember ni, kena masuk periksa untuk kemasukan ke sekolah ni, jadinya, makcik ni nak tumpang bertanya sikit.

    selalunya, peperiksaan lisan dan bertulis ni macam mana ye? apa jenis soalan dia? ada tak contoh soalan ke?
    kalau ada buleh lah makcik nak suruh anak makcik tu buat persediaan yang sepatutnya.

    harap dapat lah sesiapa beri bantuan kat makcik nih. Dah jenuh menanya orang, takde yang buleh jawab nih. Makcik dah jenguk laman YIK tu, tapi macam tak berapa nak cerah nih. Mohon pencerahan lah ye, dari sesiapa, bekas pelajar ke, guru-guru ke...

    sekian.
    assalamualaikum.

    BalasPadam
  3. soalannya mudah shj.......
    lbih kurng yg dulu2

    BalasPadam
  4. hahhahha.....ko men2 la azim...lau xtau senyap jew...macam nie ker anak didik maahad....kurang sopan!!!

    BalasPadam